Tuesday, February 16, 2016

WUS 101 - CONTOH PROFAIL USAHAWAN TERAS KEUSAHAWANAN 2015/2016

Assalamualaikum, hi, terima kasih kepada yang sudi singgah. Hari ni saya akan bagi contoh profail usahawan iaitu yang merupakan salah satu tugasan a.k.a assignment bagi subjek WUS101. Semoga bermanfaat :)

Turutannya:

1. Muka hadapan perlu ada:
- logo universiti. Contoh USM.
- kod dan nama sub, semester, sidang. Contoh WUS101. TERAS KEUSAHAWANAN. SEMESTER 1. 2015/12016.
- Tajuk- PROFAIL USAHAWAN.
- Disediakan oleh- Nama, no.k/p, no. matrik, pusat pengajian, no.kumpulan. (kalau perlu)
- Disediakan untuk - nama penuh pensyarah (pensyarah WUS101)

2. Isi Kandungan. Macam biasa kena ada bilangan, perkara, muka surat.
3. Surat Penyerahan.

SURAT PENYERAHAN

Nur Ajerah binti Anizar,
Blok K04, 205B,
Desasiswa Aman Damai,
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang.                                                                           23 November 2015
___________________________________________________________________________

Mohd Syafie Ariffin,
Pensyarah WUS101 Teras Keusahawanan,
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang.

Perkara: Penyerahan Profil Keusahawanan (WUS101)
Saya seperti nama di atas menyerahkan tugasan yang diberikan  untuk penilaian tuan. Sekiranya terdapat sebarang masalah dan keraguan sila hubungi saya di 017-4141318 atau email di ajeeraanizar@yahoo.com.my.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh,
ajerah
(NUR AJERAH BINTI ANIZAR)

4. Karangan atau esei ringkas mengenai usahawan yang ditemubual.

PROFAIL USAHAWAN
     Setelah pulang ke Kedah untuk bercuti seminggu sambil membuat tugasan yang diamanahkan, saya telah mengatur beberapa pertemuan untuk bertemu dengan beberapa usahawan. Atas faktor kesibukan, akhirnya saya berjaya menemu bual seorang usahawan wanita yang berkecimpung dalam perniagaan di bawah sektor perkhidmatan dobi pakaian. Cik Nur Fairuz binti Thibroni merupakan anak kelahiran negeri Kedah dan menetap di Jitra, Kedah. Beliau menjalankan perniagaan mendobi pakaian secara perseorangan selama lebih dua tahun. Cara beliau yang peramah dan bijak berkomunikasi membuatkan saya selesa untuk menemu ramah beliau. Saya juga dapati bahawa beliau juga seorang yang bersungguh-sungguh, komited dan tegas dalam menjalankan tugasan beliau. Jadi tidak hairanlah sekiranya perniagaan beliau semakin maju dan dikenali di kawasan Jitra tersebut.
     Antara faktor yang menarik minat beliau untuk menceburkan diri dalam bidang perkhidmatan dobi ialah kerana beliau mempunyai minat yang tinggi untuk membuka perniagaan tersebut. Tambahan pula di kawasan tersebut iaitu Jitra kekurangan bilangan kedai dobi. Melalui faktor tersebut, beliau mengambil keputusan itu membuka sebuah perniagaan perkhidmatan dobi di kawasan tersebut. Beliau turut bekata perniagaan ini mudah dan tidak memerlukan tenaga yang banyak walaupun kini beliau hanya menggunakan dua sahaja tenaga pekerja di perkhidmatan dobi tersebut.
     Antara cabaran yang di hadapi oleh Cik Fairuz semasa baru memulakan perniagaan ialah masalah kewangan. Bagi individu yang baru ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan sudah pasti tidak lari dari masalah sedemikian. Tambahan pula bidang perniagaan yang baru dibuka memerlukan banyak wang bagi membeli mesin basuh dan mengering, serika, cat-cat bagi hiasan kedai dan lain-lain lagi. Pada peringkat awal beliau membuat pinjaman dari pihak bank dengan kuantiti yang banyak. Pinjaman tersebut menyebabkan beliau terikat dengan beberapa masalah kewangan tambahan pula perniagaan tersebut baharu sahaja dimulakan oleh beliau. Bagi mendapat keuntungan yang banyak pada permulaan tersebut amatlah sukar.
     Bukan itu sahaja, beliau juga turut menghadapi beberapa cabaran pada masa kini. Setelah beberapa tahun beliau bertapak dalam bidang perniagaan dobi, semakin banyak persaing yang mendatang. Bak kata pepatah perniagaan dobi kini bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Tambahan pula pembukaan perniagaan yang sama dibuka berhampiran dengan tempat dobi beliau.
     Seorang usahawan baru yang ingin menceburi bidang keusahawanan perlulah mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu dalam bidang yang berkaitan. Antara kemahirannya ialah mereka perlu mengetahui projek yang bakal diadakan atau dijalankan. Selain itu, minat dan usaha itu juga penting bagi mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Nukan itu sahaja, kemahiran komunikasi juga penting bagi menarik pelanggan terhadap perniagaan yang dijual. Seorang usahawan seharusnya tahu cara untuk melariskan barangan yang dijual dengan cara komunikasi. Komunikasi yang baik mampu membuat pelanggan berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan turut membelinya. Kemahiran-kemahiran sedemikian amat penting bagi seorang usahawan.
     Antara nasihat yang beliau berikan kepada usahawan baru yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan ialah individu tersebut perlulah mempunyai minat dan usaha yang cukup. Hal ini kerana minat tanpa usaha sudah pasti tiada hasilnya dan sia-sia sahaja. Beliau juga berpesan, dalam dunia perniagaan jangan hanya bermotifkan mencari keuntungan semata-mata. Seorang usahawan perlu bijak dan bersedia untuk menghadapi resiko atau kerugian. Dalam perniagaan, keutungan dan kerugian semenangnya berlaku tanpa dijangka dek kerana persaingan mahupun cara individu tersebut mengurusnya. Sekiranya individu tersebut tidak tahu cara mengatasi konflik dalam dunia perniagaan, sudah pasti perniagaan tersebut tidak dapat bertahan lama. Seterusnya, seorang usahawan yang baik seharusnya bersikap jujur, amanah dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. Bukan itu sahaja, seorang usahawan juga perlu sentiasa berfikiran positif dan mempunyai sikap bersaing secara sihat bukanlah saling menindas. Sesungguhnya usahawan yang berjaya dalam perniagaan mampu menjadi contoh kepada orang lain secara tidak langsung menyumbang kepda ekonomi negara.
   
Okay setakat itu sahaja yang mampu dikongsikan. Kalau ada typo atau cacat cela mohon diabaikan :P. Semoga dapat memberi panduan dan pencerahan kepada pembaca. (formal laa pulak aku ni) Ok. Byee ASSALAMUALAIKUM :) 





BLACKPINK - Lovesick Girls (Romanized) Genius Romanizations

  [Intro: All] (Lovesick girls) (Lovesick girls) [Verse 1: Jennie,  All ] Yeong wonhan bam Changmun eobsneun bange uril gadun love ( Love ) ...